Each transit payment must be in e mail into
us for confirmation.
SPAMMING INFO
We Do Not Tolerate With
We don't allow any kind of SPAMMING activities. Once been caught, your account will be terminate
instantly without any notice. Click
Here to report any Spamming
Activities. We would like to Apologize for any inconvenience caused.
LATAR BELAKANG
SYARIKAT
Satu-satunya syarikat
BUMIPUTERA MUSLIM yang mempunyai kilang bertaraf ‘GMP’ semenjak dari tahun
1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba tempatan
dan mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan
holistik.
Pengenalan
Syarikat ini telah diasaskan oleh
Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan
September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama
Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang,
HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. HPA merujuk kepada
Herba Penawar Al-Wahida.
Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan
mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif
kepada masyarakat, memandangkan herba mampu merawat tanpa kesan sampingan.
Kini, HPA juga telah menawarkan pelbagai produk kegunaan
harian yang halal dan suci.
Ladang Roselle
Pengilangan
Kini,
HPA memiliki 7 buah kilang bertaraf GMP yang serba
moden dan mengusahakan ladang-ladang herba roselle, pegaga, misai
kucing, jagung, serai, pisang dan ternakan ayam, itik, lembu dan
kambing organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan yang
mencukupi bagi menampung permintaan.
Kilang syarikat HPA terletak di alamat
1. B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis. 2. Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis. 3. Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah. 4. Kilang Cola Radix, Kaw. Perindustries Sg.Lalang, Sg.Petani, Kedah. 5. Kilang Kopi Radix, SME Bank Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah. 6. Kilang Air Mineral HPA, Batu 14, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena Kedah. 7. Kilang Baja Organik, Bukit Tembaga, Padang Terap Kedah.
Kilang Radix Cola Di Kedah
Kilang Kopi Radix Automatik
Pentadbiran & Pengurusan
Keutamaan
pelanggan sememangnya menjadi amalan pihak pengurusan. Untuk menjamin
organisasi yang berdaya maju, beberapa bahagian yang diketuai
pengurus-pengurus terlatih telah diwujudkan. HPA Industries Sdn Bhd
diterajui oleh Pengarah Urusan, dibantu oleh enam orang Pengurus Besar
iaitu :-
1. Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd 2. Pengurus Besar HPA Food & Beverage Sdn Bhd 3. Pengurus Besar HPA Industries Sdn Bhd 4. Pengurus Besar Akaun 5. Pengurus Besar PT Wahida Indonesia. 6. Pengurus Besar Sistem Pengurusan Maklumat MIS
Untuk melicinkan urusan perjalanan syarikat, beberapa pengurus, penyelia dan juga eksekutif dilantik.
Ibu Pejabat HPA Lot 1985, Jalan Jejawi Utan Buloh, Jejawi 02600 Arau, Perlis, Malaysia. No Tel: 04-9776805, 04-9776804 Fax: 604-9774121
HPA dan Anak Syarikat
Syarikat-syarikat HPA dan aktiviti ekonominya adalah seperti berikut:
1. Al-Wahida Marketing Sdn Bhd - Pemasar semua produk melalui perniagaan MLM 2. HPA Industries Sdn Bhd - Pengeluar ubat-ubatan herba 3. Cola Radix Sdn Bhd - Pengeluar minuman berkarbonat (Radix Cola dll) 4. HPA Food & Beverage Sdn Bhd - Pengeluar minuman dan makanan 5. Radix Industries Sdn Bhd - Pengeluar Kopi Radix 6. HPA Farm Sdn Bhd - Pengeluar ayam dan air mineral 7. HPA Ilham Sdn Bhd - agensi pelancongan 8. RFC Sdn Bhd - Restoran Radix Fried Chicken (RFC) 9. El- Zaharaa Sdn Bhd - Hotel, homestay, JHS, HPA collection, toharah dobi 10. Centella White
Sdn Bhd - Produk kosmetik
Kedai Dobi Toharoh Di Sg Petani
Produk Keluaran HPA
Rantau
Asia Tenggara dengan hutan tropika khatulistiwa sememangnya kaya dengan
tumbuh-tumbuhan herba. Sejak turun-temurun lagi, pemakanan herba telah
pun menjadi amalan untuk mengatasi segala masalah kesihatan.
Hidup
sihat berasaskan herba kini memasuki era moden. HPA Industries telah
berjaya menggabungkan produk-produk herba secara komersil. Sehingga
kini, ratusan jenis produk telah pun dipasarkan dan banyak lagi akan
dilancarkan pada masa akan datang. HPA Industries Sdn Bhd
menitikberatkan kualiti dan proses pengeluaran yang menjamin mutu
produk sentiasa konsisten.
Bekalan
bahan herba seperti pegaga diusahakan sendiri di ladang-ladang milik
syarikat. Pengawasan yang rapi diberi terhadap bahan utama ini untuk
menjamin mutu keluaran yang tinggi. Semua bahan herba lain juga melalui
kawalan mutu yang ketat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Penggabungan
aspek Islam dalam proses pembuatan, meningkatkan lagi keikhlasan
terhadap tugas-tugas menyediakan herba rawatan untuk manusia.
Cawangan & Stokis
HPA
telah membuka beberapa cawangan di semua negeri bagi memastikan proses
pemindahan maklumat dapat disalurkan dengan sempurna dan semua
pelanggan dapat membeli produk dengan senang dan cepat. Antara aktiviti
yang berlaku di peringkat cawangan adalah penjualan produk disamping
penyebaran maklumat produk melalui inisiatif seperti broshur, pamplet,
flyers dan kursus mingguan yang dianjurkan.
HPA
mensasarkan penambahan cawangan di seluruh negeri sebanyak 150 cawangan
sehingga Jun tahun 2009. Buat masa ini cawangan HPA yang sedia ada
adalah sebanyak lebih 70 buah cawangan.Termasuk 5 cawangan di Indonesia
dan 1 di Brunei. Agen Stok HPA kini sudah melebihi dari 1200 orang
dengan keahlian perniagaan MLM lebih 500, 000 orang.
Keunggulan Perniagaan HPA
1. 100% milik Bumiputra Muslim Sebuah perniagaan 100% milik Bumiputra Muslim dan telah lebih 20 tahun berada dalam industri herba.
2. Produk pelbagai jenis, Suci & Halal Lebih 100 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan ianya terdiri
daripada produk kesihatan (herba), kegunaan harian, makanan, minuman,
kosmetik, umrah & haji dan lain-lain lagi. Sasaran HPA ialah
mengeluarkan 500 jenis produk lagi pada masa akan datang. 3. Harga murah dan berpatutan Harga produk HPA sangat kompetitif dan berpatutan. HPA juga menekankan
prinsip IHSAN dalam soal harga produk. Ini bertujuan untuk membolehkan
setiap golongan tidak kira kaya atau miskin mampu memilikinya.
4. Mendapat pengiktirafan MLM Syariah HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) mulai 1997 dan mendapat
pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia.
5. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan Semua pekerja kilang diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja.
6. Perubatan JAWI HPA memperkenalkan konsep PERUBATAN JAWI yang menggabungkan sumber
Ilahiah dan Alamiah. Ianya terdiri daripada perubatan herba, ilmu
diagnosis penyakit melalui tapak tangan, anak mata dan juga perawatan
seperti bekam, akupunktur, refleksologi dan lain-lain lagi. Semua ahli
berpeluang untuk mempelajarinya.
7. Kebajikan Setiap bulan HPA akan menginfakkan sebahagian keuntungan kepada
pertubuhan kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim. Ini bermakna
anda membeli sambil beramal.
8. Plan Pemasaran Hebat Tawaran 11 ganjaran lumayan kepada para pengedar melalui plan pemasaran
Era Baru yang terbukti berjaya melahirkan usahawan HPA dengan
pendapatan 5 angka sebulan. 9. Latihan Keusahawanan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) diwujudkan bagi memberi
bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua ahli untuk menjalankan
perniagaan MLM Syariah HPA. Program ini sangat berkesan sehingga
berjaya melonjakkan jualan bulanan HPA. Kursus ini dikendalikan oleh
pemimpin-pemimpin HPA yang berjaya dikalangan Pengarah Jati Setia (PJS). 10. Pengiklanan Produk Di Media Massa HPA mengiklankan produknya seperti Kopi Radix, Radix Cola, Sarsi,
Cereal di TV3, TV9, akhbar harian, pengangkutan awam dan di papan-papan
iklan.
11. Koperasi Wahida Berhad HPA menubuhkan Koperasi Wahida Berhad untuk memberi peluang kepada ahli
menikmati keuntungan bersama. Anggaran pulangan 10%-20% setahun.
Perutusan Lembaga Pengarah HPA
Sejak
turun temurun lagi masyarakat kita telah pun mengamalkan penggunaan
barangan herba sebagai ubat bagi mengatasi segala jenis penyakit. Atas
kaedah inilah HPA diasaskan. Alhamdulillah kita dapat bersama membina
bukan sahaja satu perniagaan yang menguntungkan, bahkan dapat
menyumbang ke arah kesejahteraan hidup sekeluarga.
Sejajar
dengan peredaran modenisasi masa kini, rawatan herba HPA juga dapat
menepati proses pengeluaran yang canggih. Dengan pengiktirafan Amalan
Pengilangan Baik “Good Manufacturing Practice” (GMP), syarikat HPA
berupaya menjamin mutu kualiti barangan keluaran sentiasa konsisten
pada tahap yang tinggi.
Menjelang
alaf baru ini, syarikat HPA menjanjikan satu lonjakan baru yang berdaya
maju. Ini akan membawa pembaharuan yang lebih positif kepada semua.
Akhir kata, kejayaan kita semua bergantung ke atas usaha-usaha
berpandukan visi dan misi yang diajukan. Syarikat HPA komited terhadap
nilai ini dan akan sentiasa mengorak langkah-langkah positif demi
kejayaan kita bersama. Sekian. Wassalam.
Tuan Haji Ismail b. Haji Ahmad (Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd)
“Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba Kita, Nescaya Mereka Akan Tukarkan Dengan Ketulan Emas”- Tn Hj Ismail b Hj Ahmad
“Produk Halal Menjadi Nadi Perjuangan Dan Rezeki Yang Diberkati ALLAH, Menjadi Garis Panduan Perniagaan Kami. Amin.” - Tn Hj Ismail b Hj Ahmad
VISI HPA
HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan
HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa
MISI HPA
HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk
herbanya dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi
mutu keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis
penyakit yang dialami
HPA menyelia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus
mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah
kejayaan diri, keluarga dan masyarakat
OBJEKTIF HPA
Menjadi pengeluar dan pengedar barangan herba No.1 di seluruh Malaysia
Memimpin industri herba di Malaysia dari pengeluaran yang innovatif, berdaya maju dan berwawasan
Memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan pembangunan usahawan
PENAFIAN:
Ini adalah laman web peribadi.
Tiada kaitan dengan Syarikat MLM yang disertai. Contoh
pendapatan adalah simulasi sahaja. Pendapatan sebenar
bergantung kepada usaha setiap peserta. Kami tidak menjamin
sebarang pendapatan TETAP. Tiada mana-mana bahagian portal
ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula,
disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah,
dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk
sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang
jelas terlebih dahulu daripada
herbapenawar.com
.
Untuk dapatkan keterangan lanjut, anda digalakkan melayari
laman web rasmi syarikat HPA di www.hpa.com.my