HomeNew producsSpecialsMy accountContact Us

 


Categories




ONLINE SUPPORT


UPLINE

 Fauziah Binti Abd Jalal

: 03-78464923

 


 

ADMIN

Cikgu Lina
: 0194806183

 


MEMBER STATISTIK


Free Member:  130


Paid Member: 79


Total: 209

 

Launched Date :

 

01-05-2009 

 

 


BERITA TERKINI


 

KLIK UNTUK MELIHAT SENARAI PRODUK

Iklankan Banner Anda RM2/1 Bulan
>>KLIK SINI<<

 


PROMOSI




Jadi Affiliate Set Bersalin. Daftar Di sini

Berminat Menjadi Pengedar Buku Stormreaders..??

 

Kepada Semua Ahli Berdaftar. Dapatkan 3 Ahli Baru dalam tempoh SEBULAN, ada hadiah misteri buat anda..Ayuh...gempur HPA..hanya ajak jadi ahli..ajak guna produk...




PASTIKAN ANDA MENGEMELKAN SALINAN IC ATAU POS KEPADA ADMIN


ADD BANNER


LINK PENTING

 

WEB RASMI HPA

 

BONUS ONLINE

 

SENARAI PRODUK

 

SENARAI CAWANGAN


 

 BANNER ADS

 

 

Dapatkan Website Autodownline Seperti Web Ini Pada Kadar <RM900. SMS 019-4806183


KAUNTER HPA




MOTIVASI


~UNTUK RENUNGAN~

JIKA ANDA MENGHARAPKAN KEKAYAAN HARTA DUNIA SEMATA-MATA
PASTI ANDA AKAN MENOLAK HPA SEWENANGNYA
JIKA ANDA MENGHARAPKAN KEBERKATAN REZEKI ANDA
PASTI ANDA PANDANG HPA 2 BELAH MATA
BERDAKWAH KITA MELALUI BISNES
1 KELUARGA 1 AHLI..MANTAPKAN EKONOMI KITA!

Pengiktirafan


halal.gif

buatan.gif

gmp.png

muslim.png

iso_new_accr.gif


PEMBAYARAN


 

 

 

Each transit payment must be in e mail into us for confirmation.


SPAMMING INFO


We Do Not Tolerate With

We don't allow any kind of SPAMMING activities. Once been caught, your account will be terminate instantly without any notice. Click Here to report any Spamming Activities. We would like to Apologize for any inconvenience caused.





Userid:  Password: Forget Password ?






HerbaPenawar.com  Sponsor Anda: Fauziah Binti Abd Jalal

PANDUAN UNTUK PENGGUNA HerbaPenawar.com

 

KEAHLIAN HerbaPenawar.com


1. Keahlian HerbaPenawar.com terbahagi kepada dua iaitu AHLI PERCUMA dan AHLI VIP.

2. KEAHLIAN PERCUMA bermaksud anda menyertai HerbaPenawar.com secara percuma dan tidak upgrade keahlian anda dengan YURAN KEAHLIAN. Ia juga belum mengesahkan lagi anda menjadi ahli HPA secara rasmi. Kami tidak benarkan anda untuk melakukan penajaan secara online selagi anda belum upgrade kepada keahlian VIP.

3. KEAHLIAN VIP ialah pendaftaran berbayar dan secara rasminya anda menjadi ahli HPA melalui rangkaian HerbaPenawar.com. Untuk upgrade kepada VIP, sila login web dan klik pada menu Upgrade VIP dan lakukan bayaran sebanyak RM 30 + RM 8 (kos penghantaran Kit Niaga HPA) ke mana-mana akaun Admin.  Selepas pembayaran, sila sms/emel admin untuk pengesahan.

BAGAIMANA JIKA ANDA SUDAH MENJADI AHLI HPA?
Keahlian dengan HerbaPenawar.Com hanya untuk AHLI BARU.

CARA MENJADI AHLI HPA MELALUI HerbaPenawar.com

1. Daftar Percuma

Daftar PERCUMA di web www.HerbaPenawar.com. Isi SEMUA MAKLUMAT yang diperlukan dalam Borang Pra-Daftar dan PASTIKAN alamat emel anda betul untuk memudahkan segala urusan seterusnya. Klik Submit. Anda akan menerima emel pengesahan pendaftaran daripada Admin sekiranya pendaftaran berjaya dilakukan.

2. Upgrade VIP

Untuk menjadi ahli VIP HPA, anda perlu upgrade keahlian dari PERCUMA kepada VIP dengan membayar Yuran keahlian HPA seumur hidup dan Kit Niaga HPA ialah RM 38 sahaja ( termasuk kos pos ).  Admin akan mengaktifkan akaun web anda dan menguruskan proses pendaftaran anda.  Diingatkan, anda mesti menghantar salinan IC atau emelkan ke wirnahaslina@yahoo.com.my
 

Kit niaga HPA mengandungi:

 

1. Borang pendaftaran ahli HPA
2. Katalog produk HPA
3. Buku plan pemasaran
4. Senarai cawangan HPA seluruh Malaysia
5. Salinan sijil HALAL JAKIM, sijil AJL
6. Senarai Harga dan Nilai Mata Produk HPA

 

Untuk mempercepatkan proses mengaktifkan akaun web anda, sila LAPORKAN pembayaran anda kepada ADMIN melalui SMS ke nombor 0194806183.

 

Format SMS :

 

HerbaPenawar.com/
<userid_anda> <no telefon> <date> <time> <bank>
<jumlah bayaran>

 

Contoh:

HerbaPenawar.com / bizhpa / 0193093956 / 12.10.08 / 14:23:50  / bank islam / RM38

Hantar ke 019-4806183

 

3. Pengeposan Kit Niaga HPA

 

Admin akan pos kit niaga HPA kepada anda melalui POS EXPRESS.  Sila beri tempoh kepada admin selewat-lewarnya seminggu bergantung kepada pengurusan kerja admin.

 

PEMBELIAN PRODUK HPA

 

Belian produk HPA untuk setiap bulan dikira bermula dari 1 hb setiap bulan hingga hari terakhir dalam bulan tersebut.  Ada 2 cara untuk membeli produk HPA.

 

1. Beli di Cawangan, Pusat Agensi, Pusat Jualan atau Stokis HPA

 

Anda dibekalkan dengan kad ahli sementara (kertas kecil berwarna kuning) dalam Kit Niaga. Ia ada dikepilkan pada borang ahli. Gunakan kad ini semasa membeli produk HPA dan beri NAMA, NO  IC (sementara belum mendapat kad sebenar dan no ahli HPA). Ambil dan simpan setiap invois pembelian anda untuk rujukan. Ini akan memudahkan anda mengira Nilai Mata (NM) terkumpul anda setiap bulan.

 

Semak Senarai Pengedar HPA dalam Kit Niaga atau web HPA.  Hubungi Admin jika tiada maklumat stokis di tempat anda.

 

2. Pesan dan Beli Secara Online Melalui Admin

 

Anda juga boleh memesan produk HPA secara online melalui Admin. Admin akan pos barang yang anda pesan. Setiap NM pembelian akan masuk ke dalam akaun anda juga.

 

KAD AHLI HPA

 

Kad ahli HPA yang sebenar akan dipos oleh HQ HPA kepada anda dalam masa sebulan atau lebih. No ahli HPA dan Penaja anda ada dipaparkan pada kad ahli ini. Jika anda belum mempunyai no ahli, anda boleh gunakan No KP semasa membeli produk HPA.  Anda boleh menyemak no ahli HPA anda di cawangan HPA atau HQ HPA (no tel: 04-9776805) jika anda ingin berbuat demikian.

Jika kad ahli tidak diterima (lebih dari 3 bulan) atau hilang, anda boleh memohon kad ahli baru di cawangan HPA. Sila isi borang permohonan kad ahli baru dan hantar kepada cawangan. Caj RM 5 dikenakan bagi setiap permohonan kad yang baru.

 

NILAI MATA (NM)

 

Setiap produk HPA mempunyai Nilai Mata (NM) tertentu. Anda perlu mengumpul sekurang-kurangnya 50 NM iaitu belian minima yang disyaratkan utk melayakkan anda menerima bonus bulanan dari HPA. Digalakkan buat belian 100 NM untuk mendapatkan bonus yang lebih banyak.

Cara mudah untuk kumpul point (NM) ialah dengan menukar jenama produk kegunaan harian di rumah kepada produk HPA. Amalkan juga produk herba HPA sebagai makanan kesihatan untuk mencegah dan merawat penyakit.

 

CARA SEMAK NILAI MATA (NM)

 

Untuk menyemak Nilai Mata (NM) yang anda telah kumpul setiap bulan, anda perlu melakukannya secara manual. Maknanya, anda perlu jumlahkan sendiri NM dalam setiap invois yang anda terima.  Namun demikian, anda sebenarnya boleh juga meminta pihak cawangan HPA menyemak jumlah NM anda. Beri no ahli HPA anda kepada mereka untuk proses semakan. Satu-satu cawangan hanya dapat menyemak jumlah NM anda untuk belian di cawangan tersebut sahaja.

 

PROMOSI WEB REPLIKA HerbaPenawar.com

 

Anda akan menerima web replika sendiri menggunakan nama userid anda. Contohnya, www.HerbaPenawar.com/?id=userid_anda. Promosi dan iklankan web replika anda ini.  Gunakan bantuan teknik promosi web dan banner promosi yang kami sediakan.

 

FOLLOW UP DOWNLINE

 

Follow up downline/prospek yang mendaftar PERCUMA di bawah anda dan ajak mereka menjadi ahli VIP (beritahu mereka kelebihan menjadi ahli VIP). Anda boleh lihat nama, no telefon dan emel downline anda di web pada bahagian Menu Senarai Downline. Hubungi Admin jika anda perlukan bantuan penerangan.

 

Penjelasan tentang Status Downline:

 

1. Maklumat downline berwarna KELABU atau PUTIH bermaksud downline anda hanya mendaftar PERCUMA dan belum menjadi ahli HPA.

 

2. Maklumat downline berwarna HIJAU bermaksud downline anda adalah ahli VIP (berbayar) dan sah menjadi ahli HPA dibawah tajaan anda.

 

DAFTAR UNTUK DOWNLINE

 

Apabila ada downline (PERCUMA) anda yang ingin menjadi ahli VIP secara online, mereka perlu membayar yuran keahlian HPA kepada Admin mengikut cara-cara yang telah dinyatakan di atas. Admin akan menguruskan penghantaran kit niaga HPA dan pendaftaran keahlian HPA mereka. Tetapi, jika anda sendiri ingin daftarkan mereka secara offline, rujuk caranya di bawah ini.

 

Ingin Mendaftar Sendiri Downline Anda?

  • Dapatkan kit niaga HPA di mana-mana cawangan, stokis HPA dengan harga RM 30 sahaja. Borang pendaftaran ahli HPA ada di dalam kit.

  • Bakal ahli hendaklah melengkapkan borang pendaftaran ahli HPA. Tulis nama anda (penaja) di bahagian penajaan beserta no ahli HPA (kod penaja) anda pada borang keahlian bakal tajaan anda. Tulis No IC di kod penaja jika anda (penaja) belum mendapat no ahli HPA.

  • Mulai 1 Januari 2009, setiap permohonan ahli baru HPA perlu disertakan bersama salinan fotostat IC.

  • Simpan salinan borang (warna kuning) untuk anda dan tajaan anda (warna merah). Yang lain serta SALINAN IC pemohon mesti diserahkan ke cawangan/stokis HPA. Mereka akan hantar kepada pihak HQ HPA.

  • Maklumkan kepada Admin setelah anda selesai menyerahkan borang ahli. Sila emel NAMA, NO IC, EMEL dan NO TELEFON downline anda ke admin@herbapenawar.com .

Perhatian : Downline anda layak untuk menjadi pengguna web Herbapenawar.com.  Sila daftarkan diri untuk mendapatkan web percuma.

 

SUSUNAN DOWNLINE

 

Kami tidak menetapkan berapa downline yang anda harus letak di setiap level. Pada asasnya anda digalakkan membuka 6 kaki sahaja di level 1 kerana pangkat tertinggi dalam HPA memerlukan hanya 6 kaki sahaja di level 1. Jika anda mempunyai lebih 6 kaki (downline) di level 1, tidak mengapa. Kami memberi kebebasan kepada semua ahli untuk menetapkan sendiri susunan downline masing-masing mengikut strategi yang dirancang. 

 

BONUS BULANAN HPA

 

Bonus bulanan HPA akan diurus dan dihantar oleh HQ HPA mulai 24 - 31 hb setiap bulan. Bonus bulanan ini tidak dipaparkan dalam web HerbaPenawar.com.

Anda layak memperolehi bonus bulanan dengan syarat membuat belian minima 50 Nilai Mata (NM) dalam satu-satu bulan. 50 NM bersamaan dengan RM 100++.

 

Bentuk-bentuk bonus:

 

1. Cek dalaman (seperti voucher):

Untuk bonus kurang dari RM 100. Anda boleh tukarnya dengan membeli produk HPA di stokis atau cawangan HPA. Tidak boleh ditunaikan.

 

2. Cek Bank Islam:

Untuk bonus melebihi RM 100.

 

3. Bonus di bank in ke akaun Bank Islam:

Tidak kira berapa nilai bonus anda, ianya akan di bank in terus ke akaun secara online. Anda perlu mempunyai akaun Bank Islam dan mengisinya ke dlm borang pendaftaran ahli HPA atau boleh juga isi borang khas yang boleh didapati di cawangan HPA.

Pilihlah mana yang anda rasa sesuai. Surat Penyata Bonus tetap dipos kepada anda walaupun anda memilih untuk terima bonus secara online.

 

ANDA ADA BLOG / WEB SENDIRI?

 

Jika anda mempunyai blog atau web sendiri, maklumkan pada kami supaya kami dapat letakkannya di web HerbaPenawar.com. Syaratnya ialah pastikan blog anda mempunyai content berkenaan perniagaan dan produk HPA. Kami benarkan anda untuk copy apa jua content dalam web HerbaPenawar.com untuk diletakkan di dalam blog anda.

 

HADIR PROGRAM PBC

 

Kami AMAT menggalakkan anda untuk menyertai program PBC selama 2 hari 1 malam utk dapatkan ilmu dan teknik menjalankan perniagaan HPA dengan cara yg betul dan berkesan.  Yuran PBC hanya RM 180 sahaja.  Bonus dan pangkat anda akan meningkat dengan lebih cepat.  Anda juga berpeluang menjana pendapatan 5 angka melalui program ini jika anda serius melaksanakannya.

 

HADIR PROGRAM HPA YANG LAIN

 

Sertai program HPA seperti kelas mingguan di cawangan, product knowledge, Program Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC), Kuliah Perubatan JAWI (KPJ), kursus perawatan dan lain-lain untuk menambah pengetahuan dan kemahiran. Rujuk program bulanan HPA.

 

MELABUR DALAM KOPERASI HPA

 

Semua ahli HPA layak menjadi ahli Koperasi HPA. Pelaburan minima ialah RM 200 dan yuran ahli koperasi ialah RM 10 sahaja. Sila daftar sebagai ahli koperasi dan buat pelaburan di mana-mana cawangan HPA seluruh Malaysia. Anggaran pulangan setahun ialah di antara 10% - 20%. Untuk maklumat lanjut, sila layari:

 

 

TAMBAH ILMU DENGAN MEMBACA

 

BANTUAN DARI ADMIN

Hubungi Admin jika ada pertanyaan/kemusykilan tentang produk/perniagaan/web. Jika anda inginkan cadangan produk HPA yang sesuai untuk penjagaan kesihatan anda, anda boleh ajukan pertanyaan kepada kami. Sila ceritakan dengan jelas keadaan kesihatan anda agar kami dapat cadangkan produk terbaik untuk anda.

 

MLMS

Kerja MLM ialah kerja duplikasi. Apa yang anda telah lakukan, anda harus sarankan downline anda lakukan juga. InsyaAllah, selepas itu, anda akan menerima bonus yang lumayan dan berterusan.

Ringkasnya di sini, tugas anda ialah BELI dan GUNA produk HPA serta MENAJA ahli baru menggunakan web replika masing-masing. Lebih banyak anda menaja, lebih banyak bonus yang anda bakal perolehi.  Lakukanlah tugas ini secara konsisten. Pastikan belian anda mencukupi atau lebih dari 50/100 NM setiap bulan dan menajalah sekurang-kurangnya sebulan seorang. Walaupun nampak sedikit tapi jika diusahakan secara berterusan, InsyaAllah anda akan mencapai bonus yang lumayan.

 

Selain itu, ada cara cepat untuk anda naik pangkat dan dapat bonus lebih banyak melalui perniagaan HPA ini iaitu dengan menyertai Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC).

 

PAUTAN WEB BERGUNA UNTUK RUJUKAN ANDA

  • Senarai penuh cawangan HPA seluruh Malaysia:

  • Order produk HPA secara online melalui HerbaPenawar.com:

  • Jana pendapatan 5 angka melalui perniagaan produk HPA:

 

 




PENAFIAN: Ini adalah laman web peribadi. Tiada kaitan dengan Syarikat MLM yang disertai. Contoh pendapatan adalah simulasi sahaja. Pendapatan sebenar bergantung kepada usaha setiap peserta. Kami tidak menjamin sebarang pendapatan TETAP. Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada herbapenawar.com . Untuk dapatkan keterangan lanjut, anda digalakkan melayari laman web rasmi syarikat HPA di www.hpa.com.my