|
KEAHLIAN HerbaPenawar.com
1. Keahlian HerbaPenawar.com terbahagi kepada dua iaitu AHLI
PERCUMA dan AHLI VIP.
2. KEAHLIAN PERCUMA bermaksud anda menyertai
HerbaPenawar.com secara percuma dan tidak upgrade keahlian anda
dengan YURAN KEAHLIAN. Ia juga belum mengesahkan lagi anda
menjadi ahli HPA secara rasmi. Kami tidak benarkan anda untuk
melakukan penajaan secara online selagi anda belum upgrade
kepada keahlian VIP.
3. KEAHLIAN VIP ialah pendaftaran berbayar dan secara
rasminya anda menjadi ahli HPA melalui rangkaian
HerbaPenawar.com. Untuk upgrade kepada VIP, sila login web dan
klik pada menu Upgrade VIP dan lakukan bayaran sebanyak RM 30 +
RM 8 (kos penghantaran Kit Niaga HPA) ke mana-mana akaun
Admin. Selepas pembayaran, sila sms/emel admin untuk
pengesahan.
BAGAIMANA JIKA ANDA SUDAH MENJADI AHLI HPA?
Keahlian dengan HerbaPenawar.Com hanya untuk AHLI BARU.
CARA MENJADI AHLI HPA MELALUI HerbaPenawar.com
1. Daftar Percuma
Daftar PERCUMA di web www.HerbaPenawar.com. Isi
SEMUA MAKLUMAT
yang diperlukan dalam Borang Pra-Daftar dan
PASTIKAN alamat emel
anda betul untuk memudahkan segala urusan seterusnya. Klik
Submit. Anda akan menerima emel pengesahan pendaftaran daripada
Admin sekiranya pendaftaran berjaya dilakukan.
2. Upgrade VIP
Untuk menjadi ahli VIP HPA, anda perlu upgrade keahlian dari
PERCUMA kepada VIP dengan membayar Yuran keahlian
HPA seumur hidup dan Kit Niaga HPA ialah RM 38 sahaja (
termasuk kos pos ). Admin akan mengaktifkan akaun web anda
dan menguruskan proses pendaftaran anda. Diingatkan, anda
mesti menghantar salinan IC atau emelkan ke wirnahaslina@yahoo.com.my
Kit niaga
HPA mengandungi:
1. Borang
pendaftaran ahli HPA
2. Katalog produk HPA
3. Buku plan pemasaran
4. Senarai cawangan HPA seluruh Malaysia
5. Salinan sijil HALAL JAKIM, sijil AJL
6. Senarai Harga dan Nilai Mata Produk HPA
Untuk
mempercepatkan proses mengaktifkan akaun web anda, sila
LAPORKAN
pembayaran anda kepada ADMIN melalui SMS ke nombor 0194806183.
Format SMS :
|
HerbaPenawar.com/
<userid_anda> <no telefon> <date> <time> <bank>
<jumlah bayaran> |
Contoh:
HerbaPenawar.com / bizhpa / 0193093956 / 12.10.08 /
14:23:50
/ bank islam / RM38
Hantar ke
019-4806183
3. Pengeposan Kit
Niaga HPA
Admin akan pos
kit niaga HPA kepada anda melalui POS EXPRESS. Sila beri
tempoh kepada admin selewat-lewarnya seminggu bergantung kepada
pengurusan kerja admin.
PEMBELIAN PRODUK HPA
Belian produk
HPA untuk setiap bulan dikira bermula dari 1 hb setiap bulan
hingga hari terakhir dalam bulan tersebut. Ada 2 cara untuk
membeli produk HPA.
1. Beli di Cawangan, Pusat Agensi, Pusat Jualan atau Stokis HPA
Anda dibekalkan
dengan kad ahli sementara (kertas kecil berwarna kuning)
dalam Kit Niaga. Ia ada dikepilkan pada borang ahli. Gunakan kad
ini semasa membeli produk HPA dan beri NAMA, NO IC (sementara
belum mendapat kad sebenar dan no ahli HPA).
Ambil dan simpan setiap invois
pembelian anda untuk rujukan. Ini akan memudahkan anda
mengira Nilai Mata (NM) terkumpul anda setiap bulan.
Semak
Senarai Pengedar HPA dalam Kit Niaga atau web HPA. Hubungi
Admin jika tiada maklumat stokis di tempat anda.
2. Pesan dan Beli Secara Online Melalui Admin
Anda juga boleh
memesan produk HPA secara online melalui Admin. Admin akan pos
barang yang anda pesan. Setiap NM pembelian akan masuk ke dalam
akaun anda juga.
KAD AHLI HPA
Kad ahli HPA
yang sebenar akan dipos oleh HQ HPA kepada anda dalam masa
sebulan atau lebih. No ahli HPA dan Penaja anda ada dipaparkan
pada kad ahli ini. Jika anda belum mempunyai no ahli, anda boleh
gunakan No KP semasa membeli produk HPA. Anda boleh menyemak no
ahli HPA anda di cawangan HPA atau HQ HPA (no tel: 04-9776805)
jika anda ingin berbuat demikian.
Jika kad ahli
tidak diterima (lebih dari 3 bulan) atau hilang, anda boleh
memohon kad ahli baru di cawangan HPA. Sila isi borang
permohonan kad ahli baru dan hantar kepada cawangan. Caj
RM 5 dikenakan bagi setiap permohonan kad yang baru.
NILAI MATA (NM)
Setiap produk
HPA mempunyai Nilai Mata (NM) tertentu. Anda perlu mengumpul
sekurang-kurangnya 50 NM iaitu belian minima yang disyaratkan
utk melayakkan anda menerima bonus bulanan dari HPA. Digalakkan
buat belian 100 NM untuk mendapatkan bonus yang lebih banyak.
Cara mudah
untuk kumpul point (NM) ialah dengan menukar jenama produk
kegunaan harian di rumah kepada produk HPA. Amalkan juga produk
herba HPA sebagai makanan kesihatan untuk mencegah dan merawat penyakit.
CARA SEMAK NILAI MATA (NM)
Untuk menyemak
Nilai Mata (NM) yang anda telah kumpul setiap bulan, anda perlu
melakukannya secara manual. Maknanya, anda perlu jumlahkan
sendiri NM dalam setiap invois yang anda terima. Namun demikian,
anda sebenarnya boleh juga meminta pihak cawangan HPA menyemak
jumlah NM anda. Beri no ahli HPA anda kepada mereka untuk proses
semakan. Satu-satu cawangan hanya dapat menyemak jumlah NM anda
untuk belian di cawangan tersebut sahaja.
PROMOSI WEB
REPLIKA HerbaPenawar.com
Anda akan
menerima web replika sendiri menggunakan nama userid anda.
Contohnya, www.HerbaPenawar.com/?id=userid_anda. Promosi dan
iklankan web replika anda ini. Gunakan bantuan teknik promosi
web dan banner promosi yang kami sediakan.
FOLLOW UP
DOWNLINE
Follow up
downline/prospek yang mendaftar PERCUMA di bawah anda dan ajak
mereka menjadi ahli VIP (beritahu mereka kelebihan menjadi ahli
VIP). Anda boleh lihat nama, no telefon dan emel downline anda
di web pada bahagian Menu Senarai Downline.
Hubungi Admin jika anda perlukan bantuan penerangan.
Penjelasan
tentang Status Downline:
1. Maklumat downline berwarna KELABU
atau PUTIH bermaksud downline anda hanya mendaftar PERCUMA dan
belum menjadi ahli HPA.
2. Maklumat downline berwarna HIJAU
bermaksud downline anda adalah ahli VIP (berbayar) dan sah
menjadi ahli HPA dibawah tajaan anda.
DAFTAR UNTUK
DOWNLINE
Apabila ada
downline (PERCUMA) anda yang ingin menjadi ahli VIP secara
online, mereka perlu membayar yuran keahlian HPA kepada Admin
mengikut cara-cara yang telah dinyatakan di atas. Admin akan
menguruskan penghantaran kit niaga HPA dan pendaftaran keahlian
HPA mereka. Tetapi, jika anda sendiri ingin daftarkan mereka
secara offline, rujuk caranya di bawah ini.
Ingin Mendaftar Sendiri Downline Anda?
-
Dapatkan kit niaga HPA di mana-mana cawangan, stokis HPA
dengan harga RM 30 sahaja. Borang pendaftaran ahli HPA ada
di dalam kit.
-
Bakal ahli hendaklah melengkapkan borang pendaftaran
ahli HPA. Tulis nama anda (penaja) di bahagian
penajaan beserta no ahli HPA (kod penaja) anda pada
borang keahlian bakal tajaan anda. Tulis No IC di kod
penaja jika anda (penaja) belum mendapat no ahli HPA.
-
Mulai 1
Januari 2009, setiap permohonan ahli baru HPA perlu
disertakan bersama salinan fotostat IC.
-
Simpan salinan borang (warna kuning) untuk anda dan
tajaan anda (warna merah). Yang lain serta SALINAN IC
pemohon mesti diserahkan ke cawangan/stokis HPA. Mereka akan
hantar kepada pihak HQ HPA.
-
Maklumkan kepada Admin setelah anda selesai menyerahkan
borang ahli. Sila emel NAMA, NO IC, EMEL dan NO TELEFON
downline anda ke
admin@herbapenawar.com
.
Perhatian : Downline anda layak untuk menjadi pengguna web
Herbapenawar.com. Sila daftarkan diri untuk mendapatkan
web percuma.
SUSUNAN
DOWNLINE
Kami tidak
menetapkan berapa downline yang anda harus letak di setiap
level. Pada asasnya anda digalakkan membuka 6 kaki sahaja di
level 1 kerana pangkat tertinggi dalam HPA memerlukan hanya 6
kaki sahaja di level 1. Jika anda mempunyai lebih 6 kaki (downline)
di level 1, tidak mengapa. Kami memberi kebebasan kepada semua
ahli untuk menetapkan sendiri susunan downline masing-masing
mengikut strategi yang dirancang.
BONUS BULANAN
HPA
Bonus bulanan
HPA akan diurus dan dihantar oleh HQ HPA mulai 24 - 31 hb
setiap bulan. Bonus bulanan ini tidak dipaparkan dalam web
HerbaPenawar.com.
Anda layak
memperolehi bonus bulanan dengan syarat membuat belian minima
50 Nilai Mata (NM) dalam satu-satu bulan. 50 NM bersamaan
dengan RM 100++.
Bentuk-bentuk bonus:
1.
Cek dalaman (seperti voucher):
Untuk bonus kurang dari RM 100. Anda boleh tukarnya dengan membeli produk HPA
di stokis atau cawangan HPA. Tidak boleh ditunaikan.
2. Cek Bank Islam:
Untuk bonus
melebihi RM 100.
3.
Bonus di bank in ke akaun Bank Islam:
Tidak kira
berapa nilai bonus anda, ianya akan di bank in terus ke akaun
secara online. Anda perlu mempunyai akaun Bank Islam dan
mengisinya ke dlm borang pendaftaran ahli HPA atau boleh juga
isi borang khas yang boleh didapati di cawangan HPA.
Pilihlah
mana yang anda rasa sesuai.
Surat Penyata Bonus
tetap dipos kepada anda walaupun anda memilih untuk terima bonus
secara online.
ANDA ADA BLOG / WEB SENDIRI?
Jika anda
mempunyai blog atau web sendiri, maklumkan pada kami supaya kami
dapat letakkannya di web HerbaPenawar.com. Syaratnya ialah pastikan blog anda mempunyai content
berkenaan perniagaan dan produk HPA. Kami benarkan anda untuk
copy apa jua content dalam web HerbaPenawar.com untuk
diletakkan di dalam blog anda.
HADIR PROGRAM
PBC
Kami AMAT
menggalakkan anda untuk menyertai
program
PBC selama 2 hari 1 malam utk dapatkan ilmu dan
teknik menjalankan perniagaan HPA dengan cara yg betul dan
berkesan. Yuran PBC hanya RM 180 sahaja. Bonus dan
pangkat anda akan meningkat dengan lebih cepat. Anda juga
berpeluang menjana pendapatan 5 angka melalui program ini
jika anda serius melaksanakannya.
HADIR PROGRAM HPA YANG LAIN
Sertai program
HPA seperti kelas mingguan di cawangan, product knowledge,
Program Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC), Kuliah Perubatan
JAWI (KPJ), kursus perawatan dan lain-lain untuk menambah
pengetahuan dan kemahiran. Rujuk
program bulanan HPA.
MELABUR DALAM KOPERASI HPA
Semua ahli HPA
layak menjadi ahli Koperasi HPA. Pelaburan minima ialah RM 200
dan yuran ahli koperasi ialah RM 10 sahaja. Sila daftar sebagai
ahli koperasi dan buat pelaburan di mana-mana cawangan HPA
seluruh Malaysia. Anggaran pulangan setahun ialah di antara 10%
- 20%. Untuk maklumat lanjut, sila layari:
TAMBAH ILMU
DENGAN MEMBACA
BANTUAN DARI
ADMIN
Hubungi
Admin jika ada pertanyaan/kemusykilan tentang produk/perniagaan/web.
Jika anda inginkan cadangan produk HPA yang sesuai untuk
penjagaan kesihatan anda, anda boleh ajukan pertanyaan kepada
kami. Sila ceritakan dengan jelas keadaan kesihatan anda agar
kami dapat cadangkan produk terbaik untuk anda.
MLMS
Kerja MLM ialah
kerja duplikasi. Apa yang anda telah lakukan, anda harus
sarankan downline anda lakukan juga. InsyaAllah, selepas itu,
anda akan menerima bonus yang lumayan dan berterusan.
Ringkasnya
di sini, tugas anda ialah BELI dan GUNA produk HPA
serta MENAJA ahli baru menggunakan web replika
masing-masing. Lebih banyak anda menaja, lebih banyak bonus yang
anda bakal perolehi. Lakukanlah tugas ini secara konsisten.
Pastikan belian anda mencukupi atau lebih dari 50/100 NM setiap
bulan dan menajalah sekurang-kurangnya sebulan seorang. Walaupun
nampak sedikit tapi jika diusahakan secara berterusan,
InsyaAllah anda akan mencapai bonus yang lumayan.
Selain itu, ada
cara cepat untuk anda naik pangkat dan dapat bonus lebih banyak
melalui perniagaan HPA ini iaitu dengan menyertai
Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC).
PAUTAN WEB BERGUNA UNTUK RUJUKAN ANDA
|